Batasan Aurat Dalam 4 Mahzab
PENGERTIAN AURAT
Aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu.
PERINTAH MENUTUP AURAT
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab ayat 33:
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai “ahlul bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aurat dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba merangsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, dengan itu juga akan timbulah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mereka.
Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59:
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. ”
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut.
Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya:
1. Aurat Ketika Sembahyang
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
2. Aurat Ketika Sendirian
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lutut.
3. Aurat Ketika Bersama Mahram
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Walau pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:
1. Suami
2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa.
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan
5. Anak-anak suami.
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara dari saudara perempuan.
9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama.
10. Hambanya Sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita.
Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Al-Quraan dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31:
"Dan katakanlah kepada perempuan - perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna yaitu:
1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata, bibir, hidung, kaki, betis, paha dan lain-lain anggota.
2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya.
Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batasan yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpakaian.
3. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram
Kewajiban menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan perlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai pakaian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka.
Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat membantu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhadapan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza.
4. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir
Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tutup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Dari Abdullah bin Abbas ada menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya:
“Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani”.
5. Aurat ketika Bersama Suami
Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung dari pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membataskan aurat pada suaminya.
Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua. Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suaminya.

Mu’awiyah bin Haidah mengatakan: “Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah aurat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain?” Baginda menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu”. Aku bertanya lagi: “Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?” Baginda menjawab: “Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aurat orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu”. Aku masih bertanya lagi: “Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian?” Baginda menjawab: “Seharuslah ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain”. (Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud)
Semua imam mazhab mensyaratkan menutup aurat
supaya sembahyang menjadi sah sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum
ini. Tetapi para fuqahak’ mempunyai pendapat berbeza dalam menetapkan
batas aurat bagi orang lelaki, hamba perempuan dan juga orang perempuan
biasa (bukan hamba). Pendapat mereka secara terperinci adalah seperti
berikut:
MAZHAB SYAFI`I
Aurat orang lelaki ketika bersembahyang, tawaf dan ketika berada di hadapan orang lelaki asing dan orang perempuan yang muhrim ialah antara pusat dengan lututnya. Ini berdasarkan riwayat al Harith bin Abu Usamah daripada Abu Usamah daripada Abu Said al-Khudri r. a.: "Aurat orang Mu’min ialah antara pusat dengan lututnya".
Dan riwayat al-Baihaqi: Dan apabila salah seorang daripada kamu
mengahinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya atau orang
upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya. Dan banyak Hadits yang diriwayatkan tentang penutupan paha sebagai aurat. Diantaranya adalah Hadits: Janganlah kamu mendedahkan pahamu dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan orang mati.’ Dan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jarhad al-Aslami: "Tutuplah pahamu, sesungguhnya paha itu aurat"
Menurut pendapat yang sahih di kalangan ulama`
Syafi’i, pusat dan lutut tidak dikira sebagai aurat. Ini berdasarkan
Hadith riwayat Anas yang menceritakan Nabi Muhammad s.a.w. mendedahkan
pahanya, sebagaimana yang diterangkan dalam Mazhab Maliki sebelum ini.
Tetapi
diwajibkan menutup sebahagian lutut supaya tertutup juga paha dan
begitu juga sebahagian pusat supaya tertutup, juga bahagian di bawah
pusat, kerana apabila tidak sempurna kewajipan kecuali dengan sesuatu,
maka sesuatu itu juga menjadi wajib sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh ulama’ Syafi’i, Hanbali dan Maliki dalam Usul al-Fig h.236.
An-Nawawi berkata (3/169), ”Inilah yang masyhur dari mazhab
kami, dan ini adalah pendapat Malik, sekelompok ulama dan salah satu
riwayat dari Ahmad. Sementara Abu Hanifah dan Atha` berkata: Dia adalah
aurat.”
3. Hadits bukan yang bukan kebiasaan nabi (karena ada sebab darurat/ruqsah)
Dari Abu Musa dia berkata, ”Sesungguhnya Nabi pernah duduk di sebuah tempat yang padanya terdapat genangan air, maka beliau menyingkap kedua lututnya atau salah satu lututnya. Tatkala Utsman masuk, beliau segera menutupnya.” Diriwayatkan oleh Al-Bukhari (7/43), Ath-Thabarani dan Al-Baihaqi (2/232) dari jalan Sulaiman bin Harb (dia berkata): Hammad bin Zaid menceritakan kepada kami (dia berkata): Ali bin Al-Hakam dan Ashim Al-Ahwal menceritakan kepadaku, bahwa keduanya mendengar Abu Utsman bercerita dari Abu Musa.

Asy-Syaukani (2/55), ”Sesungguhnya berhujjah dengan
hadits ini bahwa lutut bukanlah aurat adalah hujjah yang tidak sempurna,
karena beliau membuka lututnya karena adanya uzur, yaitu untuk
memasukkan kakinya ke dalam air. Di tambah lagi beliau perbuatan beliau
menutupinya dari Utsman memberikan kesan bahwa dia adalah aurat.
Seandainya mungkin untuk memberikan alasan lain dari perbuatan beliau
menutupinya dari Utsman dengan alasan selain itu, maka paling tidak
hadits ini masih mengandung kemungkinan,”
Aurat orang lelaki ialah di bawah pusat hingga
di bawah lutut. Maka lutut adalah aurat menurut pendapat yang asah
berdasarkan Hadith berikut:
Aurat orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lututnya. Hadith Nabi Berdasarkan sebuah Hadith da’if menurut pendapat al-Daruqutni:
Lutut adalah sebahagian daripada aurat.
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya… .
(Sarah al-Nar 24:31)
Aurat hamba perempuan sama
dengan aurat orang lelaki. Tetapi ditambah belakang, perut dan sisinya.
Ini berdasarkan perkataan Umar r.a. yang bermaksud:
“Buangkanlah kain tudung kepala wahai hamba perempuan. Apakah kamu menyerupai wanita-wanita yang merdeka?”
Disebabkan dia (hamba perempuan) keluar dari
rumah untuk keperluan tuannya dengan memakai pakaian kerjanya seperti
biasa, maka dianggap sebagai muhrim (orang yang diharam kahwin) bagi
orang lain untuk mengelakkan kerumitan.
Orang perempuan (selain hamba) dan
khunsa (orang yang tidak tentu sifat jantinanya), menurut pendapat yang
asah di kalangan ulama’ Hanafi, aurat mereka ialah seluruh anggota
tubuh sehingga rambutnya yang berjuntai, kecuali muka, kedua-dua tapak
tangan dan kedua-dua kakinya (pergelangan hingga hujung jari), baik di
sebelah luar mahupun sebelah tapak menurut pendapat yang muktamad kerana
darurat.
Menurut pendapat yang rajih, suara bukanlah
aurat. Menurut pendapat yang azhar, sebelah luar tapak tangan adalah
aurat. Tetapi menurut pendapat yang asah, tapak tangan dan sebelah
luarnya bukan aurat.
Menurut pendapat yang muktamad, kedua-dua kaki
bukan aurat semasa sembahyang. Tetapi menurut pendapat yang sahih,
kedua-duanya adalah aurat dari segi penglihatan dan penyentuhan. Ini
berdasarkan firman Allah S.W.T.:
Tempat perhiasan yang zahir ialah muka dan dua tapak tangan, sebagaimana perkataan Ibn Abbas dan Ibn Umar, dan sabda Rasulullah s.a.w.:
Orang perempuan itu aurat, apabila ia keluar, maka syaitan memandang kepadanya.228
Dan Hadith riwayat `Aisyah yang telah disebut sebelum ini:
Wahai Asma’, orang perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak boleh dilihat padanya kecuali ini dan ini.
Baginda menunjukkan kepada mukanya dan kedua-dua tapak tangannya.229
Begitu juga Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah yang telah disebutkan sebelum ini:
Allah SWT tidak menerima sembahyang orang perempuan yang sudah datang haid (baligh) tanpa tudung kepala.
Ditegah perempuan remaja daripada
memperlihatkan mukanya di kalangan orang lelaki. Tegahan itu bukan
kerana muka itu sebagai aurat, tetapi untuk mengelak timbulnya fitnah
atau nafsu syahwat. Tujuan tegahan memperlihatkan mukanya adalah kerana
dibimbangkan orang lelaki akan melihat mukanya yang boleh mengakibatkan
timbul fitnah. Ini kerana dengan memperlihatkan muka membolehkan orang
lelaki memandangnya dengan keinginan syahwat.
Tidak harus melihat muka orang perempuan dan
pemuda yang belum tumbuh misai dan janggut (yang masih terlalu muda)
dengan nafsu syahwat, kecuali kerana keperluan, seperti kadi, saksi atau
pembuktian terhadapnya dan orang yang ingin meminang boleh melihatnya
sekalipun timbul nafsu syahwat, tetapi dengan niat beramal dengan Sunnah
Nabi, bukan untuk memuaskan nafsu. Begitu juga ketika mengubati tempat
yang sakit sekadar yang diperlukan.
Menurut pendapat yang muktamad di kalangan
ulama’ Hanafi, mendedahkan satu per empat bahagian anggota aurat (yang
berat, mughallazah, iaitu kemaluan hadapan dan belakang dan
sekelilingnya, ataupun aurat ringan (mukhaffafah), iaitu selain dua
kemaluan tadi) dengan tidak sengaja selama kadar melakukan satu rukun
sembahyang, maka terbatal sembahyang itu.
Ini disebabkan satu per empat bahagian sama
hukumnya dengan seluruh bahagian, sebagaimana yang telah dijelaskan
sebelum ini. Tetapi tidak terbatal sembahyang jika terdedah kurang
daripada satu per empat. Oleh itu, jika seseorang mendedahkan satu per
empat daripada perut, paha, rambut yang berjuntai daripada kepala,
kemaluan belakang, zakar, kedua-dua buah zakar atau kemaluan hadapan
perempuan, maka terbatal sembahyangnya jika berlalu selama kadar
melakukan satu rukun sembahyang, tetapi jikalau tidak berlalu selama
kadar tersebut, maka tidak terbatal sembahyangnya itu.
MAZHAB MALIKI
Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandangan orang ramai. Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibkan menutup perkara berikut:
Aurat orang lelaki ketika
bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan
hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang terletak
antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi
sembahyang dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung
sahaja, ataupun terdedah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada
pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith
riwayat Anas:
Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah
s.a.w. telah terkoyak kain pada pahanya, sehingga aku temampak
keputihan pahanya.
Aurat hamba perempuan ialah
kedua-dua kemaluan dan papan punggung. Oleh itu, jika terdedah sesuatu
daripadanya atau terdedah paha seluruhnya atau sebahagian daripadanya,
maka hendaklah diulangi sembahyang dengan segera sebagaimana juga orang
lelaki.
Waktu mengulangi sembahyang bagi sembahyang Zuhur dan Asar ialah semasa matahari kekuningan. Bagi sembahyang Maghrib dan Isya’ pula ialah seluruh malam dan bagi sembahyang Subuh semasa naik matahari.
Aurat berat (mughallazah) orang perempuan (bukan hamba) ialah
seluruh badan kecuali dada, tepi kepala, kedua-dua belah tangan dan
kedua-dua belah kaki (dari pangkal paha hingga hujung jari) dan bahagian
belakang yang bersetentang dengan dada sama hukumnya dengan dada.
Jika terdedah aurat ringan (mukhaffafah)
daripada dada atau sebahagian daripadanya sekalipun belakang kakinya
bukan perut kakinya, maka hendaklah diulangi sembahyang pada masa yang
dikehendaki sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, iaitu bagi
waktu Zuhur dan Asar sewaktu kekuningan dan bagi waktu Maghrib dan Isya’
sepanjang malam dan bagi waktu Subuh ialah naik matahari. Itu adalah
daripada segi sembahyang.
Dari segi pandangan dan sembahyang, maka
diwajibkan juga menutupnya. Tidak disyaratkan tutup aurat bagi orang
lelaki dan hamba perempuan di luar sembahyang. Aurat orang perempuan
(selain hamba) di hadapan orang perempuan Islam atau kafir ialah antara
pusat dengan lutut.
Wajib menutup seluruh tubuh orang perempuan
(selain hamba) ketika berada di hadapan lelaki asing (bukan muhrim)
kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan, kerana kedua duanya bukan
aurat. Namun begitu diwajibkan juga menutup muka dan tapak tangan
supaya tidak menimbulkan fitnah.
Orang lelaki tidak dibenarkan melihat dada
orang perempuan muhrim dan seumpamanya, sekalipun sebab menjadi muhrim
itu kerana persemendaan dan persusuan, kecuali muka dan
bahagian-bahagian termasuk tengkuk, kepala dan belakang tapak kaki dan
sekalipun penglihatan itu tidak menimbulkan keseronokan.
Hukum tersebut berbeza dengan hukum di sisi
ulama’ Syafi’i dan para ulama’ lain yang membenarkan melihat seluruh
tubuh kecuali antara pusat dan lutut. Kebenaran itu adalah sebagai
kemudahan (fushah).
Daripada huraian itu, jelas bahawa aurat orang
lelaki dan orang perempuan dalam sembahyang terdiri daripada aurat
berat (mughallazah) dan aurat ringan (mukhaffafah).
Aurat berat bagi orang lelaki ialah kemaluan
hadapan dan lubang dubur. Aurat ringan mereka ialah bahagian-bahagian
selain kemaluan hadapan dan lubang dubur yang terdapat di antara pusat
dan lutut.
Aurat berat bagi hamba perempuan ialah
kedua-dua papan punggung dan yang terdapat di antara seperti lubang
dubur, kemaluan hadapan dan yang di atas daripada ari-ari. Aurat ringan
baginya ialah paha dan apa yang terdapat di atas ari-ari sehingga pusat.
Aurat berat bagi orang perempuan (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya
kecuali kaki, tangan, dada dan bahagian belakang yang bersetentang
dengan dada. Aurat ringan baginya ialah seluruh tubuhnya kecuali muka
dan kedua-dua belah tapak tangannya.
Oleh itu, jika seseorang melakukan sembahyang
dalam keadaan terdedah aurat berat, sedangkan ia tahu dan berdaya untuk
menutupinya sekalipun dengan membeli atau meminjam, menurut pendapat
yang rajih, maka terbatal sembahyangnya dan hendaklah diulangi menurut
pendapat yang masyhur di kalangan ulama’ Maliki.
Sebaliknya, seseorang yang melakukan
sembahyang dalam keadaan terdedah aurat ringannya, maka tidak terbatal
sembahyangnya sekalipun hukum membuka aurat ringan ialah makruh dan
diharamkan melihat nya. Walaupun begitu, digalakkan orang yang melakukan
sembahyang dalam keadaan terdedah aurat ringannya supaya mengulangi
sembahyangnya itu dalam waktu darurat (bagi Zuhur dan Asar ialah waktu
kekuningan, Maghrib dan Isya’ pula ialah sepanjang malam dan Subuh waktu
terbit matahari).
Diharamkan melihat aurat ketika terdedah, sekalipun tidak menimbulkan keseronokan. Tetapi melihatnya ketika tertutup hukumnya harus kecuali jika diintai dari sebelah atas penutupnya, maka hukumnya adalah tidak harus.
Aurat dinisbah dari segi pandangan bagi orang
lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lutut. Aurat orang
perempuan ketika berada di hadapan orang lelaki asing ialah seluruh
badannya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangannya dan ketika
berada di hadapan muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka, kepala,
tengkuk, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki. Tetapi jika
dibimbangi menimbulkan keseronokan, maka haram mendedahkan
perkara-perkara tadi. Pengharaman itu bukan kerana perkara tersebut
menjadi aurat, tetapi kerana dibimbangi menimbulkan keseronokan. Orang
perempuan dengan orang perempuan atau dengan muhrimnya sama seperti
lelaki dengan lelaki, boleh dilihat selain yang terdapat antara pusat
dengan lutut.
Bahagian yang boleh dilihat oleh orang
perempuan pada orang lelaki asing adalah sama dengan hukum orang lelaki
dengan muhrim-muhrimnya, iaitu boleh dilihat pada muka, kepala,
kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki.
MAZHAB SYAFI`I
Aurat orang lelaki ketika
bersembahyang, tawaf dan ketika berada di hadapan orang lelaki asing dan
orang perempuan yang muhrim ialah antara pusat dengan lututnya. Ini
berdasarkan riwayat al Harith bin Abi Usamah daripada Abu Usamah
daripada Abu Said al-Khudri r. a.:
Aurat orang Mu’min ialah antara pusat dengan lututnya.
Dan riwayat al-Baihaqi: Dan apabila salah seorang daripada kamu
mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya atau orang
upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya. Dan banyak Hadith yang diriwayatkan tentang penutupan paha sebagai aurat. Diantaranya yaitu Hadits: "Janganlah kamu mendedahkan pahamu dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan orang mati."
Dan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jarhad al-Aslami:
"Tutuplah pahamu, sesungguhnya paha itu aurat"
Menurut pendapat yang sahih di kalangan ulama`
Syafi’i, pusat dan lutut tidak dikira sebagai aurat. Ini berdasarkan
Hadith riwayat Anas yang menceritakan Nabi Muhammad s.a.w. mendedahkan
pahanya, sebagaimana yang diterangkan dalam Mazhab Maliki sebelum ini.
Tetapi diwajibkan menutup sebahagian lutut supaya tertutup juga paha dan
begitu juga sebahagian pusat supaya tertutup, juga bahagian di bawah
pusat, kerana apabila tidak sempurna kewajipan kecuali dengan sesuatu,
maka sesuatu itu juga menjadi wajib sebagaimana yang telah dijelaskan
oleh ulama’ Syafi’i, Hanbali dan Maliki dalam Usul al-Fig h.236
Aurat lelaki ketika berada di hadapan
perempuan asing (bukan muhrim) daripada segi penglihatan ialah seluruh
tubuhnya, dan ketika keseorangan hanya dua kemaluan sahaja. Hujah ulama’
Maliki yang bersandarkan kepada Hadith riwayat Anas dan ‘Aisyah yang
membuktikan bahawa paha bukan sebahagian daripada aurat ditolak dengan
empat alasan:
Hadith tersebut menceritakan perbuatan,
sedangkan hujung paha dibenar didedahkan khususnya ketika peperangan dan
permusuhan dan Usul al-Filth menetapkan bahawa perkataan lebih kuat
hujahannya daripada perbuatan.
Hadith yang diriwayatkan oleh Anas dan `Aisyah
tidak dapat menguatkan penentangan terhadap perkataan-perkataan ulama’
yang sahih lagi umum.
Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah dalam Sahih Muslim adalah diragui. Hadith itu bermaksud:
“Bahawa Rasulullah s.a.w. berbaring di rumahku sedangkan kedua-dua paha atau betisnya terdedah.”
Betis tidak dikira sebagai aurat menurut ijma`
ulama’, maka bahagian yang terdedah itu diragui apakah betis ataupun
paha yang terdedah.
Pendedahan paha yang menjadi isu dalam
peristiwa ini adalah khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w. kerana tidak ada
bukti yang menunjukkan Bahawa perbuatan itu menjadi ikutan. Oleh itu,
wajib berpegang dengan perkataan-perkataan yang jelas menunjukkan Bahawa
paha adalah sebahagian daripada aurat.
Aurat hamba perempuan sama
seperti aurat orang lelaki menurut pendapat yang asah, kerana kepala dan
tangan hamba perempuan dan orang lelaki dikira bukan aurat dan kerana
kepala dan tangan adalah anggota yang terpaksa dibuka untuk digunakan.
Aurat orang perempuan (selain
hamba) dan juga khunsa (orang yang tidak tentu jantinanya atau yang
mempunyai kedua-dua organ jantina) ialah pada seluruh tubuhnya kecuali
muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada belakang tapak tangan atau
perut tapak tangan yang meliputi dari hujung jari hingga ke pergelangan
tangan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya… . Surah at-Nur 24:31
Ibn Abbas dan `Aisyah r.a. berkata bahawa yang
dimaksudkan dengan yang zahir itu ialah muka dan kedua-dua tapak tangan
kerana Nabi Muhammad s.a.w. melarang orang perempuan yang berihram
(sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah) daripada memakai sarung
tangan dan penutup muka.
Jika muka dikira sebagai aurat, nescaya tidak
diharamkan menutupnya semasa berihram. Kerana terpaksa dibuka muka untuk
keperluan berjual beli dan membuka tapak tangan untuk keperluan
mengambil dan memberi sesuatu, maka ia tidak dikira sebagai aurat.
Jika terdedah sebahagian daripada aurat ketika
bersembahyang sedangkan berupaya menutup kedua-duanya, maka terbatal
sembahyang itu, kecuali jika terdedah disebabkan oleh tiupan angin atau
kerana terlupa dan ditutup dengan segera, maka tidak terbatal sembahyang
itu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Jika terdedah aurat
bukan kerana tiupan angin atau dengan sebab binatang atau kanak-kanak
yang belum mumaiyiz, maka terbatal sembahyang itu.
Orang lelaki tidak wajib menutup auratnya daripada pandangannya sendiri, tetapi makruh melihat auratnya.
Aurat orang perempuan, (selain
hamba) semasa di luar sembahyang dan di hadapan orang lelaki asing
(bukan muhrim) ialah seluruh badannya dan semasa di hadapan orang
perempuan kafir juga seluruh badannya kecuali anggota yang terpaksa
dibuka untuk keperluan pekerjaan dan menunaikan hajat. Adapun semasa di
hadapan orang perempuan Islam dan orang lelaki muhrim, auratnya ialah
antara pusat dengan lututnya.
Dalil seluruh utama’ tentang kewajipan menutup
aurat dan tegahan terhadap orang lelaki daripada melihat aurat lelaki
lain, dan tegahan terhadap orang perempuan daripada melihat aurat orang
perempuan lain ialah
Hadith riwayat Abu Sa’id al-Khudri:
Orang lelaki tidak boleh memandang aurat orang
lelaki lain dan orang perempuan tidak boleh memandang aurat orang
perempuan lain, dan orang lelaki tidak boleh tidur bersama-sama orang
lelaki lain dalam satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur
bersama sama orang perempuan lain dalam satu pakaian.
Hadith riwayat Bahzu bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya yang bermaksud: “Aku berkata,
`Wahai Rasulullah s. a.w., aurat apakah boleh kita dedahkannya dan apakah ditegah?’
Sabdanya,
`Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu.’
Kataku,
`Sekiranya orang ramai?’
Sabdanya,
‘Jika terdaya mengelak daripada dilihat oleh sesiapa pun, maka jangan dibiarkan dilihat.’
Kataku,
`Jika salah seorang daripada kami berkeseorangan?’
Sabdanya,
`Maka Allah Taala lebih utama untuk malu kepada-Nya.”‘240
Hadith itu menunjukkan tidak harus
bertelanjang di tempat kosong dan ia disokong oleh Hadith riwayat Ibn
Umar menurut alTirmizi bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Janganlah kamu bertelanjang, sesungguhnya
bersama-sama kamu ada (malaikat) yang tidak berpisah dari kamu kecuali
ketika kamu membuang air dan ketika seseorang lelaki itu
berseronok-seronok dengan ahlinya, maka malulah kepada mereka (malaikat)
dan hormatilah mereka
Al-Bukhari mengatakan harus bertelanjang ketika mandi berdasarkan kisah Nabi Musa dan Nabi Ayub.
MAZHAB HANBALI
Aurat orang lelaki ialah apa
yang ada antara pusat dengan lututnya. Ini berdasarkan Hadith yang telah
disebutkan sebelum ini dan yang dipakai oleh ulama’ Hanafi dan Syafi’i
sebagai dalil mereka. Tetapi pusat dan lutut bukan aurat. Ini
berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shu’aib yang telah disebutkan
sebelum ini:
… Bahawa apa yang di bawah pusat sehingga lutut adalah aurat.
Dan Hadith Abu Ayyub al-Ansari:
Di bawah pusat dan di atas kedua-dua lutut ialah aurat.242
Alasannya bahawa lutut ialah batas bukan aurat
seperti pusat. Orang khunsa musykil (seseorang yang mempunyai dua organ
jantina) yang tidak jelas sama ada lelaki ataupun perempuan tidak
d1wajibkan menutup aurat oleh kerana tidak jelas sifatnya.
Di samping itu, agar sembahyang menjadi sah,
menurut yang zahir daripada mazhab ini diwajibkan ke atas orang lelaki
menutup salah satu bahunya sekalipun dengan kain yang nipis yang boleh
menjelaskan warna kulit kerana kewajipan menutup bahu adalah berdasarkan
Hadith:
Janganlah seseorang lelaki itu melakukan sembahyang di dalam satu kain yang tidak ada sesuatu apa pun di atas bahunya.24s
Larangan tersebut menunjukkan pengharaman dan lebih diutamakan daripada qiyas. Abu Daud meriwayatkan daripada Buraidah:
Rasululah s.a.w. melarang seseorang daripada
melakukan sembahyang di dalam selimut dan menutup bahu (seperti
selimpang) dengannya_
Sebaliknya, seseorang yang mempunyai sesuatu
yang hanya dapat menutup sama ada aurat sahaja atau baju sahaja, maka
hendaklah dia menutup auratnya dan wajib sembahyang secara berdiri. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.:
Jika kain itu luas, maka selisihkan dan ikatkan kedua-dua tepinya dan jika ia sempit, maka ikatkan kuat-kuat pada pinggangnya.
Orang lelaki hendaklah menutup auratnya
daripada penglihatan orang lain, bahkan daripada penglihatannya sendiri
ketika sedang mengerjakan sembahyang. Jika ternampak auratnya melalui
saku bajunya yang terbuka luas apabila rukuk` atau sujud, maka hendaklah
dikancingkannya atau seumpamanya supaya ia tertutup. Ini kerana
perintah menutup aurat itu adalah umum.
Begitu juga diwajibkan menutup aurat sekalipun
ketika keseorangan atau di dalam gelap. Ini berdasarkan Hadith riwayat
Bahzu bin Hakim yang telah disebut sebelum ini yang bermaksud:
“Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu … .”
Tidak diwajibkan menutup aurat dengan tikar,
tanah, Lumpur berada di dalam parit, kerana benda-benda itu tidak tetap
dan di dalam parit pula menyusahkan. Tidak terbatal sembahyang jika
terdedah sebahagian kecil aurat. Ini berdasarkan riwayat Abu Daud
daripada Umru bin Salmah yang terdedah kain tutupnya ketika sujud kerana
singkat. Jika terdedah sebahagian besar daripada aurat, maka terbatal
sembahyang. Perbezaan sama ada aurat yang terdedah kecil atau besar
adalah menurut kebiasaan.
Sebaliknya, jika terdedah sebahagian besar
daripada aurat dengan tidak sengaja dan ditutup pada ketika itu juga
tanpa berlalu masa panjang, maka tidak terbatal sembahyang. Ini di
sebabkan pendek masa sama pendek dengan ukuran. Tetapi jika berlalu masa
yang panjang atau sengaja dibuka, maka terbatal sembahyang itu secara
mutlak.
Aurat hamba perempuan sama seperti aurat orang
lelaki, iaitu apa yang ada antara pusat dengan lutut menurut pendapat
yang rajih. Ini berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shuaib (Hadith
marfuk yang telah disebutkan sebelum ini yang bermaksud: “Dan apabila
salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba
lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu
melihat auratnya.”
Aurat orang perempuan yang
sudah baligh (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya kecuali muka. Menurut
pendapat yang rajih daripada dua riwayat di kalangan ramai ulama’,
kedua-dua tapak tangan juga terkecuali. Ini berdasarkan firman Allah
S.W.T:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya… .
Surah al-Nur 24:31
Ibn Abbas dan Aisyah r.a. berkata bahawa yang
dimaksudkan dengan yang zahir ialah muka dan kedua-dua tapak tangan dan
tidak boleh mendedah selain muka dan kedua-dua tapak tangannya semasa
sembahyang.
Ini berdasarkan Hadith-hadith yang telah disebutkan sebelum ini menurut pendapat ulama’ Syafi’i.
Dalil yang mewajibkan tutup kedua-dua kaki ialah Hadith riwayat Ummu Salamah yang bermaksud: “Aku bertanya,
“Wahai Rasulullah, adakah orang perempuan bersembahyang dengan memakai baju dan tudung kepala tanpa sarung?'” Baginda menjawab:
Ya, jika bajunya labuh, maka tutupilah belakang kakinya-146
Hadith tersebut menunjukkan wajib menutup
kedua-dua belah kaki kerana ia kawasan yang tidak boleh dibuka semasa
berihram haji dan umrah, maka tidak boleh juga didedahkan ketika
bersembahyang seperti kedua-dua betis.
Memadai bagi orang perempuan menggunakan
pakaian yang cukup untuk menutup bahagian yang wajib sahaja. Ini
berdasarkan Hadith riwayat Ummu Salamah yang tersebut tadi. Tetapi
digalakkan melakukan sembahyang di dalam baju yang labuh yang dapat
menutup kedua-dua kakinya dan tudung kepala yang boleh menutup kepala
dan tengkuk dan selendang yang diselimuti dari atas baju.
Hukum terdedah aurat orang perempuan, selain
muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada kecil atau besar adalah sama
hukumnya dengan kes orang lelaki seperti yang telah dibincang kan
sebelum ini. Aurat orang perempuan di hadapan orang lelaki muhrimnya
ialah seluruh tubuh kecuali muka, tengkuk, kedua-dua belah tangan, kaki
dan betis.
Sebagaimana pendapat ulama’ Syafiei juga,
ulama’ Hanbali mengatakan bahawa seluruh tubuh orang perempuan sehingga
muka dan kedua-dua tapak tangan, di luar sembahyang, ialah aurat. Ini
berdasarkan sabda Rasulullah yang telah disebutkan sebelum ini yang
bermaksud: “Orang perempuan adalah aurat.” Diharuskan mendedah aurat
untuk berubat, bersendirian di bilik air, bersunat, untuk mengetahui
pencapaian umur baligh, untuk mengetahui dara dan bukan dara dan
kecacatan.
Aurat orang perempuan Islam
(selain hamba) di hadapan orang perempuan kafir menurut pendapat ulama’
Hanbali adalah sama seperti auratnya di hadapan orang lelaki muhrim,
iaitu apa yang ada di antara pusat dengan lutut. Menurut pendapat
jumhur, seluruh tubuh kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan
rumah.
Puncak perselisihan ialah pentafsiran bagi ayat al-Qur’an dalam Surah al-Nur, iaitu firman Allah S.W.T:
Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka, melainkan kepada suami mereka, … atau perempuan-perempuan
Islam… . Surah al-Nur 24:31
Menurut pendapat ulama’ Hanbali dan para
ulama’ lain, ganti nama bihinna (mereka) mencakupi orang perempuan
secara umum tanpa perbezaan antara Islam dengan kafir. Justeru itu,
harus bagi orang perempuan Islam memperlihatkan perhiasan tubuhnya
kepada orang perempuan kafir, sama dengan apa yang harus baginya
memperlihatkan kepada orang perempuan Islam.
Menurut pendapat jumhur ganti nama bihinna di
sini ialah khusus bagi orang perempuan Islam sahaja, iaitu khusus bagi
persahabatan dan persaudaraan Islam. Justeru itu, tidak harus bagi orang
perempuan Islam memperlihatkan apa pun daripada perhiasan tubuhnya
kepada orang perempuan kafir.247
Jelas kepada kita bahawa pendapat ulama’
Hanbali dan ulama’ Hanafi adalah lebih utama kerana ia bersepakat dengan
Hadith yang menyuruh kanak-kanak yang berumur tujuh tahun supaya
bersembahyang dan dipukul apabila meningkat umur 10 tahun jika tidak
sembahyang.
Bagian Aurat Terpisah daripada Tubuh Badan
Menurut pendapat ulama’ Hanafi dan Syafi’i,
diharamkan melihat aurat lelaki sama ada bahagian yang menjadi aurat itu
masih sedaging dengan tubuh badan atau sudah terpisah daripada tubuh
badan seperti rambut, lengan ataupun paha.
Menurut pendapat ulama’ Hanbali bahagian aurat
yang terpisah daripada tubuh badan tidak diharamkan melihatnya kerana
hilang kehormatannya apabila terpisah.
Menurut pendapat ulama’ Maliki harus melihat
bahagian aurat yang sudah terpisah daripada tubuh ketika pemiliknya
masih hidup. Tetapi diharamkan melihatnya sesudah dia mati sama seperti
bahagian aurat yang masih sedaging dengan tubuh badan.
Suara Orang Perempuan
Menurut pendapat jumhur, suara
orang perempuan tidak dikira sebagai aurat, kerana para sahabat
mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. untuk mempelajari
hukum-hukum agama. Tetapi diharamkan mendengar suaranya yang berbentuk
lagu dan irama sekalipun bacaan al-Qur’an, kerana dikhuatiri akan
menimbulkan fitnah.
(KITAB FIQH 4 MADZAB)
Post a Comment